Tenanglah...

hati harus tenang....jiwa perlu senang....walau hanya tinggal kenangan...dalam hati masih mampu tersenyum riang..jangan ada pilu..apatah lagi sendu...bila rindu datang bertandang..doa indah sudilah mengundang...takkan pernah rasa kesal..takkan pula rasa sedih ......dah memang sebegitu sedari asal....takkan mungkin jiwa letih....

Sunday, December 28, 2008

pic ghathering ceria chat.net2008




Monday, December 22, 2008

menanti sebuah kepastian......


Seharian saya merasa sedikit resah dengan apa yang berlaku. Minda saya masih berfikir fikir mencari jawapan bagi semua permasalahan yang sedang melanda diri. Waktu terus berlalu dari pagi dan kemudian menginjak malam. Tiada teman untuk diajak berbicara tentang keadaan diri. Hanya pada Dia dapat disandarkan segala pengharapan yang terbuku di hati.



Sesungguhnya hati ini perlukan pembimbing. Hati ini perlu diisi. Saat menulis catatan ini sepanjang hari ini sudah beberapa kali lembaran kitab suci saya buka dan baca berselang jam. Terasa diri ini amat jauh dariNya di saat ini. Adakah ini Cuma perasaan yang bermain main di dalam hati atau saya saja yang merasa jauh dariNya? Selangkah saya mendekati seribu langkah Dia menghampiri….




Sebenarnya keputusan ini amat berat untuk diambil tetapi apakan daya saya sebagai seorang insan yang lemah dan hina di sisi Tuhan.tiada berdaya untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Sesungguhnya dengan keputusan ini saya akan merasakan lebih tenang dan aman. Saya tidak mampu memberikan sesuatu di luar kemampuan saya dan kata kata itu yang menyedarkan saya bahwa saya terpaksa mengambil keputusan ini.


Memilih yang terbaik di dalam hidup saya sebagai seorang hamba Allah yang dhaif…

Doalah kekuatan untuk saya terus berjuang dalam kehidupan. Mengharungi segala kepahitan yang tidak prnah terlintas di hati ingin dikongsikan dengan sesiapa. Mungkin kadangkala memendam perasaan itu tidak baik untuk kesihatan jiwa tetapi kadangkala itulah yang terbaik. Diam dari berkata kata. Mungkin kata kata yang kita keluarkan akan bisa menyingggung orang lain. Siapa tahu.




Kata kata ini lahir dari hati saya. Semoga pilihan ini memberikan manfaat buat diri saya. Doakan agar saya dikuatkan semangat dalam menghadapi keadaan ini. Kali terakhir mengeluarkan air mata? Malam semalam. Entah mengapa terasa air mata ini tidak dapat ditahan tahan lagi. Diri yang sudah nyata tidak sempurna ini menangis akhirnya. Menangis dan mengharap padaNya. Ombak itu datang dan pergi. Begitu juga perasaan kesedihan.




Kala sedih kadangkala kita terasa kosong. Walaupun berada di tengah ramai.. kita terasa tiada ertinya. Hati menjadi mudah terusik walaupun dengan hanya sedikit gurauan. Gurauan seminit dua boleh bertukar menjadi tangisan yang tidak henti untuk beberapa ketika. Tetapi seandainya ini terjadi lagi, didoakan agar hati ini dipenuhkan dengan ingatan padaNya. Itu adalah ubat yang terbaik bagi kekosongan jiwa.




Hari hari yang berlalu selepas ini pasti akan terasa perubahannya kesan tindakan dan keputusan kita. Sebagai manusia yang telah diberikan akal, saya juga harus bersiap sedia untuk keadaan itu. Dibenci, tidak disukai, berhadapan dengan ketidakikhlasan, atau mungkin ditinggalkan insan yang berdekatan dengan diri. Tetapi itulah hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui selepas ini. Semoga Allah memberikan jawapan di atas rayuan hati saya…. Saya masih menanti jawapan itu. Andainya keputusan ini benar, maka saya amat bersyukur. Jika tidak, pasti Allah akan memberikan tanda….


Dan saya amat mengharapkan kepastian itu…

Saturday, December 20, 2008

renungan bersama

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .



Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2.. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...

Thursday, December 18, 2008

aidil adha/my birthday








Syukur kehadrat ilahi... alhamdulillah aidil adha kali ini disambut bersama dgn hari kelahiranku... alhamdulillah.. wlu pun tak di sambut oleh semua ahli keluarga ku.. tp cukup bermakna... alhamdulillah.. atas kurnian rahmat dan kasih syg nya.. bertambah setahun lagi usia ku... semoga bertambahnya usia ku ini.. semakin membuat ku bertambah matang menilai erti kehidupan sbnr... amin2 ya rabbal alamin....

Bertuah Seandainya.....


dipetik dr. website http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin di sisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Friday, November 7, 2008

cinta dalam hati...

cinta dalam hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja..


*buat mu yg tak pernah mengerti....

Sunday, November 2, 2008

hilangkan segalanya...

Sudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah…………

Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa lukaku
Hilangkah lah Segalanya
ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan Kekosonganku
Hilangkan Keasinganku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkanlah segalanya

Ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
ingin ku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
kini ku hapus semua rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah………..

Hilangkan rasa gundahku
Hilangkan rasa lukaku
Hilangkah lah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan Kekosonganku
Hilangkan Keasingan ku
Hilangkan lah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkan lah segalanya

Friday, October 31, 2008

DOA

Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.....Amin.....< Yang Dicari, walau bukan putera raja, Tapi biarlah putera agama
Yang diimpi biarlah tak punya rupa, Asal sedap dipandang mata
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, Asalkan sihat rohani sempurna hati
Yang diharap bukan jihad pada semangat, Asal perjuangannya ada matlamat
Yang datang tak perlu pahlawan dengan silam yang gemilang, kerna hamba wanita dengan silam yang kelam
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, hamba redha ketetapan Ilahi,
Ya Allah terima kasih. Semoga aku dan dia istiqamah dalam perjalanan ini...

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu
cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu
tetapi kembali penghormatan itu dengan cara yang
ikhlas dan jujur.

Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu
mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan
mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu
menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk
pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakanlah cinta itu pergi.

Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang
tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa
silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana
cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati
sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu
dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang
mengetuk pintu hatimu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan
bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi
misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di
hati kamu..."

"tak semua yg kita impikan jd kenyataan..tak semua
cinta akan kekal selamanya..kekadang ade yang akan
putus ditengah jalan..tapi percayalah bhw cinta sejati
tetap wujud walaupun mengambil mase yg lame utk
diperolehi..ingatlah wahai teman sekali kita gagal
dalam percintaan tak bermakna kita akan gagal utk
selamanya...yg penting kita tetap percaya akan
kewujudannya..dan juga jgn lah terlalu memeperhambakan
diri kepada cinta"

BINTANGHRATI....

SATU MLM....
DAKU TESADAR DARI LENA PANJANGKU..
DINGIN MALAM..MENGAJAK AKU KE JENDELA..
DLM PEKATAN MALAM..
AKU MERENUNG KE LANGIT...
ADUH......INDAH SUNGGUH MALAM INI..
JUTAAN BINTANG2 INDAH MENGHIASINYA...

KU RENUNG LAGI KE LANGIT ITU...
SATU BINTANG AMAT TERANG CAHAYANYA...
BERKELIP2 ..SEAKAN2 TERSENYUM PD KU...
SUNGGUH INDAH...MENUSUK PANDANGANKU...
TERSNYUM AKU SENDIRIAN MELIHATNYA...
INGIN SAJU AKU MENCAPAINYA...
AKU KU SIMPAN DI DASAR HATI...
AGAR DIRI SENTIASA TENANG DAN TERANG...
AGAR IA...MENJADI PENEMANKU DI KALA SUNYI...
TAPI...MANA MUNGKIN...
IA JAUH NUN DI SANA ....
OH...BINTANG HATI KU.......

takdir ilahi.....

TAKDIR ILLAHI

SAAT INI DATANG CINTA ILLAHI
KEPADA INSAN YANG SELALU TAFAKUR DAN BERSUJUD
SAAT ITU PULA KESEMPURNAAN CINTA ILLAHI TERUJI

BAGI INSAN YANG PENYABAR DAN PENYANYANG ITU BUKANLAH HAL YANG GANJIL
TAPI BAGI YANG SELALU TIDAK PUAS DENGAN NIKMAT DUNIAWI ITU SUATU HAL YANG MUSTAHIL

BETAPA TINGGI NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN
TANPA DIDUGA DAN TANPA DIHAYAL DATANG SAAT DIPUNCAK UJIAN BERATMU....?

YA ALLAH LINDUNGILAH HAMBAMU YANG SEDANG ENGKAU UJI INI....
BERIKANLAH MAAF JIKA LEPAS DAN KHILAF TERLANJUR NYATA
BERIKANLAH KEKUATAN UNTUK MANJALANKAN UJIANMU
DAN BERIKANLAH SINAR TERANG SETELAH LULUS UJIAN......
SEMOGA CELAH KECIL KEBAHAGIAAN INI SELALU MENYEERTAI SEIRING IKHTIAR DARI HAMBAMU YANG TAK PERNAH LELAH.........
SEMOGA INSAN LEMAH INI SELALU DIBERIKAN SEMANGAT DAN KEKUATAN......
DAN SEMOGA PULA ENGKAU SELAU MENYERTAI SETIAP LANGKAH DIJALANKAN......
KARENA NIKMAT ITU ADALAH BENAR2 TAKDIR DARIMU............YA ILLAHI......

Saturday, October 11, 2008

Teman Sejati ...

Teman....

ketika diriku dihimpit rasa terhiris.....
kau sentiasa bersamaku...
bersama melewati hati yang mendtg...
bersama sendu yg mengiringi hari ku..
kau tetep bersamaku...


Teman...

disaat ku alpa ...
keliru memilih cinta..
kau tetap bersama ku...
memimpin ku menuju yg satu....
walau kadangkala...
langkah ku tersasar...
tersalah memilih arah...
lalu akhirnya jatuh kecundang di jln cinta...
kau tetap setia.. menemani aku...

Teman...

semalam ku tersedar dari lenaku ...
lena senduku yg panjang..
kulihat... kau tetap bersama ku...

Teman...

Kau kan Sentiasa di hati ku..
kau kan sentiasa tetap dlm ingatanku...
terima kasih di atas talian persahabatan ini..
semoga talian ini sentiasa diredhai..
dan berkekalan selama - lamanya...

amin....

ya rabbal alaminnn...



(this for my beloved friend.. cherry...)

Monday, September 29, 2008

AKU REDHO......



"Aku Redha Dengan Perpisahan Ini Ya ALLAH, aku bersyukur diatas perpisahan ini , kerana ku yakin Engkau MAHA MENGETAHUI segalanya, mungkin sidia bukanlah yg terbaik untuk diriku... Ya ALLAH ku berserah segalanya , padamu.. Kurniakanlah kebahagian pada dirinya hadirkan lah insan yang terbaik buat dirinya MOga dirinya tidak terus hanyut dibuai dunia yang hanya sementara Ya ALLAH Ku Tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yg telah ku lakukakn Mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami Aku Redha , aku pasrah jika ini merupakan hukuman dari-MU Pada-MU ku bermohon Pada-MU ku berserah Hadirkanlah kebahagiaan yang abadi kau bantulah diriku mencari ketenangan disebabkan perpisahan ini , Kupohonkan petunjuk Illahi Hadirkanlah insan yang sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Ya Allah, Berikanlah daku kekuatan, Hanya cinta-Mu yang kuharap, Hanya kasih-Mu yang kudamba, Andai dia, Sang lelaki KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan, "Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Namun jika insan lain dijadikan perbandingan, Kau tetap akan ku cinta, Hati ku tetap untukmu, Kau tetap akan ku taat, Masaku tetap untukmu, Jika kerna tidak dapat memiliki sepenuhnya, Lantas kau menjauhi, Aku redha, Kerna DIA mengatasi segalanya," Aku pasrah, Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerna ku yakini, Cintaku pada-Nya adalah cinta azali, Kerna janji-Nya adalah janji yang pasti, Kerna DIA tak kan mempersiakan, Kerna DIA takkan mengecewakan, Lantas ku akur, Kubukakan hati, Ku luaskan minda, Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan Sesungguhnya, Perjalanan hidup ini telah tertulis, Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah�ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Relaku menjadi miliknya� AMIN...........

Thursday, September 11, 2008

tenanglah wahai hati...


Pejamkan matamu teman
Tenangkan seketika hatimu
Di kejauhan ini biar ku titipkan sekudus nukilan dibalik terjemahan
harapan berlandaskan keikhlasan
Asingkan sejenak kerinduan pada yang dicintai
Leraikan ketakutan pada kegelapan dan kesangsian resah semalam
Zahirkan penolakan atas sebuah cinta yang telah pergi lewat menjemput titik airmata yang rakus bertandang di kelodak jiwa
Kutip kembali semangatmu yang telah luntur di batas keterasingan ini
Dewasanya bertahun seharusnya kau telah kebal akan secangkir kekecewaan
Lali pada silam yang menyakitkan,
Ingatlah teman
Kemanisan memori tidak akan hilang sekalipun cinta itu telah pudar di bibir-bibir hari
Ketabahan itu, jadikan medan keberanianmu
Jana kekuatan sekalipun kau belum mampu menjahit keparahan
luka yang bernanah di perdu hati
Keluarlah dari persembunyian dalam dunia kelam yang belum pernah
menjanjikan sejuta ketenangan lantas mengusung minda dan hati yang tidak terkawal
Jernihkan jiwamu bersama harga diri dan kematangan sebagai WANITA
Carilah dirimu di setiap penjuru dunia yang pastinya menghulurkan
seribu senyuman dan ujian untuk belajar dari sebuah kealpaan
Simpul keyakinan, anyam ketelusan dan sulam kudup harapan
berlakarkan keindahan takwa nan teguh
Suatu hari nanti khabarkan padaku bahawa duka semalammu telah sembuh dek usai waktu yang mencantikkan jejakmu
Nyatakan wahai temanku kau telah menemui taman syurgawi yang menjanjikan sebuah kebahagiaan yang murni dan hakiki
Janjikan padaku teman bahawa kau telah bebas dari penjara belantara yang kian lama menutup cahaya kota rahsia hidupmu
Pastinya aku akan bahagia menyambut kepulangan seorang wira yang bakal menyalakan lilin kesempurnaan pada malam gelita yang tersisa dari sedikit usia
Andainya ada bintang pelengkap rusukmu pasti akan menyerlah malam indahmu, darah ghairahmu akan berkat di bawah arasy Allah…
Buka kembali matamu….
temanmu ini setia menanti waktu itu dalam doa tulus yang tiadakan putus

Sunday, August 17, 2008

Tidak Ku Impi


Tidak Ku impi….. Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,
Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,
Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,
Aduhai bakal suamiku....... Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatKu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat… Amien…

Friday, August 1, 2008

my lovely sweet friends.. cherry@t-cher



cinta itu hidup

Cinta adalah ibarat manusia,
boleh berputik,
lalu mekar serta boleh layu dan gugur.
Cinta itu punya deria dan perasaan.
Cinta mendengar cinta,berkata cinta,
melihat cinta.
Cinta ada segala-galanya.
Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,
tertekan,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.
Tapi ramai orang berharap agar cinta itu,
kekal selagi dia masih hidup
dan tetap hidup walaupun telah mati

Saturday, July 26, 2008

my lovely brother.....


You Took My Heart


Away Staring at the moon so blue

Turning all my thoughts to you

I was without hopes or dreams

Tried to dull an inner screamBut you

saw me through



Walking on a path of air

See your faces everywhere

as you melt this heart of stone

You take my hand to guide me home and now

I'm in love


you took my heart away

When my whole world was gray

You gave me everything

And a little bit more

And when it's cold at night

And you sleep by my

become the meaning of my life


Living in a world so cold

You are there to warm my soul

You came to mend a broken heart

You gave my life a brand new start and now

I'm in love


Holding your hand

I won't fear tomorrow

Here where we stand

We'll never be alone

Friday, June 13, 2008

Cinta Itu Mempersona...

Cinta itu bukan saja indah tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya..mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu / syaitan .Nafsu / syaitan itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Monday, June 9, 2008

CINTA ITU INDAH...


Cinta Itu Indah... Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Wednesday, June 4, 2008

CINTA SUCI


Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.
Sifat cinta itu sempurna.
Jika tidak,cinta akan cacat .
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.
Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu ,
Di ajar Cinta Pada Allah s.w.t. tuhanNya ,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa oleh perasaan dan hatinya dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih. membawa kepada cinta kepada kekasih ,Itulah cinta sebenar cinta yang suci murni....

ADIK NINIE.. COMEYY.....


Sabda nabi S.a.w." Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya ”. Rasulullah saw. Bersabda pada Kawan2Nya , "Sekali-kali tidaklah kalian beriman sebelum kalian mengasihi dan berkasihsayang ." Wahai Rasulullah, "Semua kami pengasih dan berkasihsayang ," jawab mereka. Berkata Rasulullah, "Kasih sayang itu tidak terbatas pada kasih sayang salah seorang di antara kalian kepada sahabatnya (mukmin), tetapi bersifat umum (untuk seluruh umat manusia)."

Tuesday, June 3, 2008

cinta ikhlas...


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah ,menjadi salah satu sifat manusiaIa wujud bila hati tertarik,kepada yang dicintainya itu,penuh emosi dan gembira kerana itu.Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

tenanglah wahai hati.........


hati harus tenang

jiwa perlu senang..

walau hanya tinggal kenangan...

dalam hati masih mampu tersenyum riang..

jangan ada pilu..

apatah lagi sendu...

bila rindu datang bertandang..

doa indah sudilah mengundang...

takkan pernah rasa kesal..

takkan pula rasa sedih ......

dah memang sebegitu sedari asal....

takkan mungkin jiwa letih....

love.........


Syed Putera: each time i said i love you, i mean it more and more. coz each time i think of u .. i love u more than before.. I think life every night and day, wondering come what may. regardless of whatever i'm put thru, i'm strong coz i have u..

Monday, May 26, 2008

MADAH

selagi sungai mengalir ,

selagi waktu bergerak ,

dan selagi jua ,

diriku masih bernafas ,

akan ku setia padamu ,

insan yang bernama kekasih ....

penemanku di kala sendiri.........

by:djlovestar

Sunday, May 25, 2008

RINDU SEMALAM


Semalam ku dibuai mimpi indah ,

kulewati semalam dengan senyuman,

dan penuh dengan satu pengharapan kasih,

desiran ombak seakan- akan menyanyi riang,

disaksikan nean mnyinari malam,


alangkah indahnya semalam..

kelip2 menjadi saksi bisu ,

pada pertemuan yang indah itu,
kini....
ku di alam reality ,
tiada lagi nyayian ombak,
tiada lagi sinaran neon ,
tiada lagi kelip - kelip ,
ku dihimpit rindu yang mendalam,
yang ada cuma sehelai kertas dan sebatang pena,
yg tidak jemu menyumbang kan hidmatnya.
duhai angin malam.........
sampaikan salam rindu ku buatnya.......
miss u so much..
with love...dj lovestar





Saturday, May 24, 2008

HATI SEORANG PERINDU

Hati seorang perindu...
adalah perantara cinta ,
merindu dedaun harapan ,
di usik gemalai angin kemesraan ,
pohon kasih yang merentang ,
memenuhi semerbak tanah kerukunan ,
di halaman hari ,
suburlah karangan mimpi - mimpi ,
di bajai bunga peribadi ,
tika aku di heret rasa terhiris ,
lalu kubaringkan kesabaran ,
kehujung malam yang panjang ,
agar sebuah ikatan dapat kupertahan kan ,
hati seorang perindu ,
adalah sungai kasih sayang ,
pancutan kasih yang membasahi ,
benteng2 pertimbangan ,
kesetian yang mengalir ,
menitiskan sejernih mutiara budi ,
setiap sudut taman kenangan ,
dengan hijau tumbuhan ,
dan wangian bunga berkembangan ,
bak sebuah ikatan,
yang ceria dengan gurau senda ....
Ini lah hati seorang perindu.....
nukilan by:BiNtAnG KeCil......love so much

doa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Ya Allah..Seandainya telah Engkau catatkan..Dia milikku tercipta buatku..Satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami..Agar kemesraan ituabadi..Ya Allah...Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..Ketepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...Tetapi Ya Allah...Seandainya telah Engkau takdirkan..Dia bukan milikku...Bawalah die jauh dr pandanganku...Luputkanlah dia dringatanku...Dan peliharalah aku dr kekecewaan...Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...Berikanlah aku kekuatan..Menolak bayangannya jauh kedada langit..Hilang bersama senja yang merah...Agarku sentiasa tenang...Walaupun tanpa bersama dengannya....Ya Allah yang tercinta...Pasrahkanlah aku dengantakdir-Mu...Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..Adalah yang terbaik untukku..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...Ya Allah..Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..Di dunia dan akhirat...Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...Janganlah engkau biarkan aku sendirian...Didunia ini mahupun akhirat..Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...dan kemungkaran...Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...Agar aku dan dia sama sama dapat...membina kesejahteraan hidup...Kejalan yang Engkau redhai...Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...Ya Allah..Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..Dan peliharalah kami dr azab api neraka...Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...

purnama merindu




Bermaknakah tiap baris kata-kataAtaukah hanya dibibir sajaBersungguhkah rindu yang engkau pamerkanAtaukah sekadar hanya lakonan
Rindu... telah melekat dalam hatikuWalau awan berlaluRinduku... tak berubah... arah
Purnama mengambang... cuma bertemanBintang berkelipan dan juga awanSiapa tahu...Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang adaAku merindu pada yang kasihAku merayu padamu yang sudi... merindu ku
Purnama mengambang berbagai warnaBila embun pun datang bintang purnamaTinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi
Aku meminta pada yang adaAku merindu pada yang kasihAku merindu padamu yang sudi memujuk
Hiaskanlah cinta di jari maniskuSinarkan bagai gemerlap kencanaTandakanlah kasih dimercu kalbuSerikanlah purnama yang merindu

salam perkenalan


assalamualaikum.....

salam sejahtera...salam mesra..salam kasih sayang...buat semua pengunjung.....syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi mengurniakan limpahan nikmat dah rahmat kasih sayangnya....terima kasih kerana sudi megunjungi blog saya ini...sebagai pengenalan....saya dj LoveStar.....berumur 26 thn...berasal dari kuala lumpur...dilahirkan di batu pahat johor....saya adalah salah seorang barisan dj radio kampungchat.net fm....saya bersiaran dari konti cheras kl.....niat dihati mnjadi seorang dj adalah kerana sekadar ingin menghiburkan pendengar dan ingin memantapkan skill saya dalam berkomunikasi....alhamdulillah...saya bersyukur berkat kurniaan tuhan....di beri peluang menjadi dj di radiokampung chat.net fm...disamping barisan dj dj yang sangat berbakat dan berdedikasi....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mak abah yang sll berada di blkg saya...buat dj hanz@kak ngah yang membuka peluang pada saya untuk memdj , buat abg as(owner kampungchat.net) dan barisan dj dj kampungchat.net fm yang sll memberi tunjuk ajar pada saya...seperti dj gelap yang saya hormati...dj ricky ,dj jack,shai dan barisan dj dj yg lain yang byk memberi bantuan dan tunjuk ajar...tak lupa buat yang tersayang..terima kasih diatas kefahaman dan galakan....terima kasih yang tak terhingga dia atas jasa- jasa anda....