Tenanglah...

hati harus tenang....jiwa perlu senang....walau hanya tinggal kenangan...dalam hati masih mampu tersenyum riang..jangan ada pilu..apatah lagi sendu...bila rindu datang bertandang..doa indah sudilah mengundang...takkan pernah rasa kesal..takkan pula rasa sedih ......dah memang sebegitu sedari asal....takkan mungkin jiwa letih....

Saturday, January 29, 2011

siapa diriku disisimu

Hembusan angin bagai membawa berita
Berita yang mengecewakan ku
Apa yang terjadi bukan yang ku impikan
Namun kutabahkan hati ini

Sayangku ku tahu kau tak ingin begini
Tapi kau sanggup lakukannya
Betapa hatiku hancur musnah berderai
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaaku
Kerna cinta kamu ku jadi begini
Kerna sayang kamu ku telan semua
Betapa hebatnya kau dihati ini

Kenapa kau tak pernah fikirkanku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa dirikku disisimu oo
disisimu ooo

ku harap suatu hari kaukan mengerti kasih
siapa diriku disisimu
pengorbananku bagai tak pernah dihargai
ia bagai angin yang berlalu

Sayangku ku tahu kau tak ingin begini
Tapi kau sanggup lakukannya
Betapa hatiku hancur musnah berderai
Tidak seorang pun yang memahami hati dan perasaaku


Kerna cinta kamu ku jadi begini
Kerna sayang kamu ku telan semua
Betapa hebatnya kau dihati ini

Kenapa kau tak pernah fikirkan aku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa dirikku dihatimu
kasih…
betapa hebatnya kau di hati ini

Kenapa kau tak pernah fikirkanku
Kenapa si dia jadi pilihanmu
ku sedar siapa dirikku disisimu oo
disisimu ooo

Sunday, January 16, 2011

Maha Suci Allah....

assalamualaikum..

aku ingin berkonngsi pengalaman menghadiri satu temuduga yang benar2 meninggalkan kesan pada diri ku... dari awal aku bercakap dgn tuan punya premis di talifon hati ku benar2 terasa sedikit kelainan.. ini bukan kali pertama aku menghadiri temuduga tetapi kali ini mmg jauh berbeza dari yang sebelum2 ini.. maha suci allah.. kata tuan punya premis ini .. beliau mahu kan seorg muslim yang solat 5 waktu sebagai calon utama untuk jawatan ini... aku begitu tertarik dgn jawatan ini.. malah jawatan ini penah aku pengang bertahun2 di beberapa tempat yang penah aku berkhidmat..

aku diminta untuk hadir temuduga pada jam 3 pm , alhamdulillah adik aku sudi menghantar aku kesana.. mmg berdebar2 di hati ini.. tapi aku cuba sembunyi kan perasaan ini dgn membuat lawak dan berbual dgn adik ku.... jam 2.30pm aku kluar rumah syukur dlm 2.55 pm aku benar2 sampai di hadapan pintu tempat tersebut...

setelah memberi salam , aku di sambut oleh seorng wanita di hadapan pintu dgn senyuman yg cukup manis.. beliau menjemputku masuk kedalam ... beliau berkata dgn nada lembut.. cik kamariah sila naik ke tingkat satu untuk sesi temuduga...

kaki ku melangkan dgn penuh debaran ke tingkat 1.. sampai saja aku di smbut dgn syuman oleh 2 org, 1 org llki dan 1 org perempuan .. dan kelihatan 4 org wanita lg yg juga hadir dgn niat yang sama ... aku diminta duduk dan di hulurkan borang untuk aku isi... aku tanpa berlengah lagi memgisi borang yang di beri... aku isi dan selak satu persatu... tgn ku terhenti di muka surat yang terakhir...

antara soalan yang di tulis di situ...

1) can u read n write syahadah ? al fatihah ? doa qunud ?

2) do you know who is khalifah allah..?

dan beberapa soalan lain.. syukur alhamdulillah.. aku blh menjawab nya...

selesai saja aku menulis.. aku menyerahkan borang tersebut kpd org yg bakal menemuduga aku(lbh mudah aku memberi nama padanya.. sbgai pn ani dan en ali )... beberapa minit kemudian sesi temuduga pun bermula... kata puan ani hari ini kita adakan temuduga secara rambang .. maksudnya terbuka.. gruping... so ramai2 lah..
sesi temuduga ber mula dgn taaruf atau di panggil memperkenalkan diri.. setiap org di minta memperkenalkan diri... tiba giliran aku.. aku memperkenal kan diri dan bercerita sdikit ttg pengalaman dan sedikit latar belakang pendidikan.. trs diikukti dgn calon2 yg lain.. terasa diri ini kecil sbnrnya..yg dtg semua nya hebat.. ada yang sampai punya degree.. terfikir seketika di dlm fikiran ini.. urmm org ada degree juga memeohon untuk jawatan kecil ini.. hurmm mampukah aku bersaing... setelah selesai sesi pengenalan penemuduga itu memberi sedikit ucapan dia mengulas ttg setiap apa yg telah kami perkenalkan.. katanya dari segi pengalaman mmg aku yg paling berpengalaman.. tersyum sndiri aku.. tpi ini bukan bermakna aku bakal mendapat jawatan ini.. masih ade ujian yg bakal kami jalani slps ini....

sesi kedua dimulakaan... kali ini yang benar membuat hati aku tersentuh...
kami diminta membaca syahadah.. al fatihah dan doa qunud. syukur alhamdulillah kesemuanya dapat aku baca dgn baik termasuk calon2 yang lain.. sampai kesoalan yang seterusnya ini...

" adakan anda semua sedar setiap kali kita menunaikan solat.. kita akan membuat permintaan dan doa kpd allah setiap kali kita duduk di antara dua sujud .... apakan permintaan yang kita buat itu..??!! "... tanya pn ani pada kami berlima.. kali senyap seketika... maha suci allah .. tersentuh didalam hati ku... selama ini aku solat tetapi aku x pernah kisah apakah maksud ayat2 didalam solat... aku cuma mengahfal ayat2 tersebut dan membaca pada setiap kali solat.. ya allah hamba mu ini terlalu lemah sehingga menyembah kan sesuatu tanpa aku sadari apa yang aku minta.....

pn ani menyambung lagi... "kita semua solat ttpi kita tidak tahu apa yg kita baca sbnrnya.. jagi bagaimana kita mahu mendidik anak 2 menjadi khalifah allah yang benar2 sempurna.." dalam diam air mata ku menitis...aku tidak terasa dgn kata2 pn ani ttpi aku terasa kerana selama ini aku alpa dan tidak pernah memikirkan semua in.... " x mengapa lah. balik ini anda semua baca dan hayati lah makna dan ayat2 didalam solat.. semoga kita semua bakal menjadi seorg muslimah dan hamba tuhan yg benar2 ikhlas padanya... setiap perbuatan kita pekerjaan kita semuanya adalah diatas ketentuan allah... dia juga yg menentukan segala rezeki , jodoh dan juga maut buat kita... sbagai hamba tuhan kita perlu benar ikhlas melakukan segala kerja.. solat dan segalanya kerana allah... biar gaji kita sikit.. tetapi semua nya halal dan kerana allah ..insyaallah semuanya pasti akan cukup jika kita bnr lakukan kerana allah."... termenunga kau lagi.. dulu masa habis sekolah.. aku kerja dgn gaji rm 450..cukup untuk aku bantu keluarga ketikan itu.. sdg kan waktu itu keluarga ku benar2 sdg didalam masaalah.. syukur semuanya cukup.. tetapi kblgan ini aku kerka dgn gaji yang lbh byk malah berganda dari yg dulu ttp tdk cukup sdg kan keluarga ku ketika ini sudah pun stabil.....dalam dia m aku setuju dgn apa yg pn ani katakan sbntar td...

hati ku berkata lagi....
ya allah.. ini bukan temuduga sbnrnya.. mereka berdua adalah hamba mu yg kau utuskan supaya memberi sdikit petunjuk buat ku yg sbnrnya telah jauh dari landasan mu... aku berssyukur kerna di beri kesedaran dlm kala aku benar2 memerlukan bimbingan dari mu...

temuduga berjalan dgn baik sehingga ke hujungnya... kami di beritahu aleh enc ali dan pn ani.." anda semua adalah diantara calon2 yang sungguh baik dan kami sdri sukar untuk membuat keputusan, ttpi dalam masa 1 mgg anda akan di panggil semula untuk sesi temuduga kali yang kedua...".. dan akhirnya kami bersurai... di dalam hati ini...
aku mmg mengharap mendapat jawatan ini ttpi jika ini bukan rezeki ku.. aku redha... dan aku bersyukur dlm sesi temuduga ini aku di beri byk kesedaran dan ini adalah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan dan iyanya amat berharga ....





pic before p interview...sempat lagi amik pic...

Terjemahan bacaan dalam solat..


1. Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

2. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naiks aksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atasI brahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim didalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnyahanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, yaTuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dans ahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Thursday, January 13, 2011

ni gambar terbaru aku.. hehehe nampak cam cerah sikit kot.. kik3.. adoi... ni pic kat umah adik.. lama x amik gambar.. ramai yg nak tgp pic terbaru aku kan.. tgk lah ek.. nnti aku masuk kan pic yg lain lak...




ntah wape jerk tuh.. hik3






urmm berangan jerk lah ... hehehe


Saturday, January 8, 2011

HATI...

"Tika hati dihimpit rasa terhiris ....
lalu ku baringkan kesabaran agar sebuah ikatan dpt aku pertahan kan..."

kadang 2 kita tidak dapat lari dari merasa kecil hati dalam sesebuah perhubungan.. antara keluarga.. kawan2 ..malah pada yang tersyg sekali pun.. kenapa kadang kita sukar untuk melafaz kan apa yg sebenarnya terkandung dalam hgati kita.. adakah kerana kita tak mahu org 2 yg kita syg rasa sedih.. kecewa atau apa saja setelah kita berterus terang.... itu yg sedang aku alami.. terlalu byk benda yg tidak dapat aku luah kan pada org2 yg aku syg.. demi sebuah ikatan.. aku lebih rela memilih untuk memendam rasa.. semoga ada yang mengerti perasaan yg aku alami...
Insyaallah – Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on

You feel so lost and that you’re so alone

All you see is night

And darkness all around

You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope

Coz Allah is always by your side

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way

Every time you commit one more mistake

You feel you can’t repent

And that it’s way too late

You’re so confuse

Wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope

Coz Allah is always by your side

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way

Turn to Allah

He’s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

Oohh Ya Allah

Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only one who can show me the way

Show me the way

Show me the way

Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

We’ll find our way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

We’ll find our way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah

You’ll find your way

update

sudah lama aku x update blog ni..
macam dah berlaku sejak akhir2 ini..
semuanya adalah dugaan buat ku..
aku harus lebih berhati 2 selepas ini..
lebih2 lagi dalam memilih kawan..
insyaallah aku bakal memulakan hidup di tempat yang baru lagi..
kata org jauh perjalanan luas pemandangan..
semoga ada sinar bahagia buat ku disana nanti.. aminnn..