Tenanglah...

hati harus tenang....jiwa perlu senang....walau hanya tinggal kenangan...dalam hati masih mampu tersenyum riang..jangan ada pilu..apatah lagi sendu...bila rindu datang bertandang..doa indah sudilah mengundang...takkan pernah rasa kesal..takkan pula rasa sedih ......dah memang sebegitu sedari asal....takkan mungkin jiwa letih....

Sunday, December 28, 2008

pic ghathering ceria chat.net2008




Monday, December 22, 2008

menanti sebuah kepastian......


Seharian saya merasa sedikit resah dengan apa yang berlaku. Minda saya masih berfikir fikir mencari jawapan bagi semua permasalahan yang sedang melanda diri. Waktu terus berlalu dari pagi dan kemudian menginjak malam. Tiada teman untuk diajak berbicara tentang keadaan diri. Hanya pada Dia dapat disandarkan segala pengharapan yang terbuku di hati.



Sesungguhnya hati ini perlukan pembimbing. Hati ini perlu diisi. Saat menulis catatan ini sepanjang hari ini sudah beberapa kali lembaran kitab suci saya buka dan baca berselang jam. Terasa diri ini amat jauh dariNya di saat ini. Adakah ini Cuma perasaan yang bermain main di dalam hati atau saya saja yang merasa jauh dariNya? Selangkah saya mendekati seribu langkah Dia menghampiri….




Sebenarnya keputusan ini amat berat untuk diambil tetapi apakan daya saya sebagai seorang insan yang lemah dan hina di sisi Tuhan.tiada berdaya untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Sesungguhnya dengan keputusan ini saya akan merasakan lebih tenang dan aman. Saya tidak mampu memberikan sesuatu di luar kemampuan saya dan kata kata itu yang menyedarkan saya bahwa saya terpaksa mengambil keputusan ini.


Memilih yang terbaik di dalam hidup saya sebagai seorang hamba Allah yang dhaif…

Doalah kekuatan untuk saya terus berjuang dalam kehidupan. Mengharungi segala kepahitan yang tidak prnah terlintas di hati ingin dikongsikan dengan sesiapa. Mungkin kadangkala memendam perasaan itu tidak baik untuk kesihatan jiwa tetapi kadangkala itulah yang terbaik. Diam dari berkata kata. Mungkin kata kata yang kita keluarkan akan bisa menyingggung orang lain. Siapa tahu.




Kata kata ini lahir dari hati saya. Semoga pilihan ini memberikan manfaat buat diri saya. Doakan agar saya dikuatkan semangat dalam menghadapi keadaan ini. Kali terakhir mengeluarkan air mata? Malam semalam. Entah mengapa terasa air mata ini tidak dapat ditahan tahan lagi. Diri yang sudah nyata tidak sempurna ini menangis akhirnya. Menangis dan mengharap padaNya. Ombak itu datang dan pergi. Begitu juga perasaan kesedihan.




Kala sedih kadangkala kita terasa kosong. Walaupun berada di tengah ramai.. kita terasa tiada ertinya. Hati menjadi mudah terusik walaupun dengan hanya sedikit gurauan. Gurauan seminit dua boleh bertukar menjadi tangisan yang tidak henti untuk beberapa ketika. Tetapi seandainya ini terjadi lagi, didoakan agar hati ini dipenuhkan dengan ingatan padaNya. Itu adalah ubat yang terbaik bagi kekosongan jiwa.




Hari hari yang berlalu selepas ini pasti akan terasa perubahannya kesan tindakan dan keputusan kita. Sebagai manusia yang telah diberikan akal, saya juga harus bersiap sedia untuk keadaan itu. Dibenci, tidak disukai, berhadapan dengan ketidakikhlasan, atau mungkin ditinggalkan insan yang berdekatan dengan diri. Tetapi itulah hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui selepas ini. Semoga Allah memberikan jawapan di atas rayuan hati saya…. Saya masih menanti jawapan itu. Andainya keputusan ini benar, maka saya amat bersyukur. Jika tidak, pasti Allah akan memberikan tanda….


Dan saya amat mengharapkan kepastian itu…

Saturday, December 20, 2008

renungan bersama

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .



Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2.. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ...

Thursday, December 18, 2008

aidil adha/my birthday








Syukur kehadrat ilahi... alhamdulillah aidil adha kali ini disambut bersama dgn hari kelahiranku... alhamdulillah.. wlu pun tak di sambut oleh semua ahli keluarga ku.. tp cukup bermakna... alhamdulillah.. atas kurnian rahmat dan kasih syg nya.. bertambah setahun lagi usia ku... semoga bertambahnya usia ku ini.. semakin membuat ku bertambah matang menilai erti kehidupan sbnr... amin2 ya rabbal alamin....

Bertuah Seandainya.....


dipetik dr. website http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin di sisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya