Tenanglah...

hati harus tenang....jiwa perlu senang....walau hanya tinggal kenangan...dalam hati masih mampu tersenyum riang..jangan ada pilu..apatah lagi sendu...bila rindu datang bertandang..doa indah sudilah mengundang...takkan pernah rasa kesal..takkan pula rasa sedih ......dah memang sebegitu sedari asal....takkan mungkin jiwa letih....

Tuesday, February 1, 2011

Mencari Sebuah Ikatan Kasih sayang....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:


Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik
tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan
selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar
tersebut.

CIkgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil
memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput
yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu
kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke
depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya
sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang
semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah b
erjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita
hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut
hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan
tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang
berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


P/S: hargai setiap perhubungan selagi ianya beerti...